World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

MEDIA RELEASE

WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)


WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM ‘SELERA WARISAN KAMPUNG’ MAJLIS IFTAR WARGA KERJA WTCKL BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF RAUDHATUL AL-FAEEZ

UNTUK SIARAN SEGERA

KUALA LUMPUR, 15 MAC 2024: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) meraikan seramai 40 orang anak-anak yatim dan asnaf berumur 7 hingga 17 tahun termasuk 4 orang penjaga dari Rumah Anak Yatim & Asnaf Rumah Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah dalam Majlis Iftar Warga Kerja WTCKL.

Bagi meraikan anak-anak yatim dan asnaf ini dan memupuk semangat berkongsi dan memberi sepanjang Bulan Ramadan yang mulia ini, pihak WTCKL turut menyampaikan sumbangan kepada tetamu istimewa ini. Ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh WTCKL yang diadakan untuk menyumbang dan mengeratkan hubungan WTCKL dengan masyarakat.

Hadir bersama dalam majlis ini, Mohd Yusri Bin Mohd Junos (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL), Pengurusan Atasan, Ketua-ketua Jabatan WTCKL serta warga kerja WTCKL. Kakitangan WTCKL turut sama mengiringi dan menyantuni anak-anak ini dengan berbuka puasa bersama-sama mereka.

WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)

WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM

‘SELERA WARISAN KAMPUNG’

MAJLIS IFTAR WARGA KERJA WTCKL BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF RAUDHATUL AL-FAEEZ

“World Trade Centre Kuala Lumpur(WTCKL) menyambut baik inisiatif penganjuran majlis ini kerana ia memberi impak positif terutama kepada kakitangan WTCKL dan komuniti setempat. WTCKL komited menyokong anak-anak kecil ini dan melakar pengalaman indah bagi mereka dan guru-guru mereka. WTCKL juga berharap program ini akan menjadi tradisi yang berterusan dalam mengeratkan hubungan WTCKL dengan rumah-rumah kebajikan yang lain pada tahun-tahun akan datang. WTCKL berharap dengan sokongan semua pihak dapat membantu mereka dalam aspek pembelajaran supaya menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL, Mohd Yusri Bin Mohd Junos.

‘Selera Warisan Kampung’ merupakan sajian Bufet Ramadan dibawakan oleh WTCKL yang disediakan oleh RiverSide Cafe & Restaurant, menampilkan lebih 300 hidangan segar yang disajikan setiap hari. Orang ramai boleh menikmatinyasepanjang bulan Ramadan ini bermula 13 Mac sehingga 8 April 2023. Tempahan boleh dibuat dipautan https://riverside.wtckl.com/

Menu yang ditawarkan merangkumi lima menu berkala, masing-masing dengan keistimewaan tersendiri seperti Bubur Lambuk, Kambing Panggang yang lazat, dan Sup Berempah yang enak, dengan pilihan Kambing, Daging, Perut, Ayam, atau Ekor. Orang ramai juga boleh mencuba hidangan istimewa Kampung yang tersedia iaitu Ikan Patin Goreng Berlada dan Siput Sedut Masak Lemak yang eksotik! Dan jangan lupa untuk menikmati Nasi Kandar Saddam kami yang terkenal, Nasi Mandy, Kunafa dan Mee Goreng Mamak yang memenangi anugerah, atau pilihan menu eksklusif berasaskan sayuran.

Pihak pengurusan WTCKL mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian istimewa ‘Selera Warisan Kampung’ oleh Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.