World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

SIARAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

WTCKL Diiktiraf Label “Safe Business Events (SafeBE)” Hygiene & Safetyoleh Bureau Veritas (M) Sdn Bhd kepada

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2022 : Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) telah diberikan Label “Safe Business Events (SafeBE)” Hygiene & Safetyoleh Bureau Veritas (M) Sdn Bhd pada 7 Februari 2022.

 

Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS) melancarkan Program Pensijilan Safe Business Events (SafeBE) untuk menyemai keyakinan orang ramai dan juga menyokong pemulihan ekonomi negara dalam acara perniagaan. Pensijilan ini hanya akan diberikan kepada pusat pameran dan konvensyen yang memenuhi SOP ketat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan disyorkan oleh agensi kesihatan Malaysia, serta diaudit secara bebas oleh Bureau Veritas (M) Sdn Bhd

 

Program ini melaksanakan rangka kerja antarabangsa yang memastikan fasiliti di lokasi adalah selamat, bersih dan diperakui mengikut piawaian langkah kesihatan dan keselamatan tertinggi. Ini seterusnya dapat mengekalkan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk semua penganjur dan peserta

 

“Kami berbangga atas pengurniaan sijil SafeBE, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai tempat mercu tanda di Kuala Lumpur. Akreditasi ini akan menjadi satu lagi lonjakan ke hadapan buat WTCKL dan ia menunjukkan kesungguhan kami terhadap tahap kebersihan dan keselamatan di premis kami. Kami telah menggunakan teknologi terkini dan mempraktikkan SOP yang ketat untuk memastikan tempat ini mematuhi kriteria yang paling ketat. Akreditasi ini bukan sahaja akan membina keyakinan di kalangan penganjur acara dan orang ramai, tetapi ia juga akan menyediakan persekitaran yang selamat, terjamin dan dikawal dengan baik untuk memulakan industri acara perniagaan dan juga membuka jalan kepada pemulihan perniagaan” kata Dato’ SriDr Irmohizam bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). 

Azlan Naif Mohd Neguib
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Eksekutif
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
azlan@wtckl.com
(032614 6143| 013 9172 164)
Laman Rasmi: www.worldtradecentrekl.com.my
 
Fatin Zafirah Zawawi
Komunikasi Korporat
 
Pejabat Pengarah Eksekutif
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
fatin.zafirah@wtckl.com
(032614 6145 | 019 382 1391)
Laman Rasmi:www.worldtradecentrekl.com.my