World Trade Centre Kuala Lumpur
Level 3, 41 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225
KENYATAAN MEDIA
Tanggungjawab Sosial Korporat Infaq Kasih, “Hope & Comfort” World Trade Centre Kuala Lumpur
UNTUK SIARAN SEGERA
6 Mac, Kuala Lumpur, Malaysia: World Trade Centre Kuala Lumpur
(WTCKL) memanfaatkan keberkatan bulan mulia, bulan Ramadan dengan melancarkan
program Infaq Kasih Hope & Comfort sebagai inisiatif membantu golongan yang memerlukan
terutama gelandangan dan golongan miskin bandar di sekitar Kuala Lumpur.
Misi dan visi utama program ini adalah untuk menyediakan sokongan, keselesaan kepada
golongan gelandangan dan golongan miskin bandar di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur
dengan memberikan keperluan asas, sokongan emosi dan juga menggalakkan inisiatif
penglibatan masyarakat setempat.
Bagi merealisasikan misi ini, WTCKL bekerjasama dengan Food For Gelandangan (FFG)
dan disokong oleh Creative Seven Legacy & Ducati Malaysia. Kakitangan dan pengujung
boleh berinfaq bermula 6 Mac 2024 sehingga 5 April 2024 di lokasi pengumpulan barangan
akan disediakan di pelantaran WTCKL & ruang pameran Ducati di cawangan lembah klang
(PJ, KL & Sg Buloh) bagi menggalakkan orang ramai bersama-sama berinfaq dengan
menderma pakaian terpakai, mainan terpakai, alat tulis juga keperluan asas seperti
peralatan kebersihan diri, lampin pakai buang serta makanan kering seperti beras, biskut,
makanan dalam tin juga makanan yang tidak mudah rosak.
Aktiviti pengagihan barangan dijadualkan pada 5 April 2024 dan akan diagihkan di sekitar
Bandaraya Kuala Lumpur. Aktiviti ini melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan
WTCKL, Food For Gelandangan (FFG), Creative Seven Legacy dan wakil Ducati Malaysia,
bermula di Jalan Silang, dan akan berakhir di Jalan Belia, Kuala Lumpur. Kesemua
sukarelawan yang menyertai program akan berjalan ke beberapa lokasi untuk menyampaikan
Tanggungjawab Sosial Korporat Infaq Kasih, “Hope & Comfort”
World Trade Centre Kuala Lumpur
bekalan makanan kering, keperluan harian dan khidmat perubatan kepada 250 gelandangan
dan golongan miskin bandar. WTCKL juga menggalakkan kakitangan dan pengunjung untuk
turut sama menyertai program ini agar lebih bersikap patriotisme, mempunyai kesedaran sivik
dan peradaban.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL, Yusri Mohd Junos, inisiatif ini adalah
sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam memberi impak
positif terutama kepada kakitangan, serta masyarakat tempatan dalam membantu mereka
yang berdepan dengan cabaran hidup.
WTCKL berharap program ini akan menjadi tradisi dan mendapat lebih banyak kolaborasi dari
syarikat korporat dan syarikat swasta untuk menyokong pertiwi dalam inisiatif yang baik ini.
Tiada nilai dan pelajaran lebih penting boleh didapati ketika menjalankan aktiviti sukarelawan
selain meningkatkan rasa simpati, memberi kesedaran dan empati antara satu sama lain.
Hadi Wahab
Pengurus Komunikasi Pemasaran
World Trade Centre Kuala Lumpur
+6019 2678 921 | +603 2614 6999
hadi@wtckl.com
www.worldtradecentrekualalumpur.com