World Trade Centre Kuala Lumpur
Level 3, 41 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225
SIARAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA
PPV WTCKL Bersedia Menerima 20,000 Penerima Vaksin Sehari
KUALA LUMPUR, June 28, 2021: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menerima kunjungan dari YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada hari ini. Beliau telah bertemu dengan para penerima vaksin serta mendapat taklimat daripada pihak pengurusan WTCKL tentang proses pengendalian vaksinasi di PPV WTCKL.
Industri Acara Perniagaan (BE) bersedia untuk menawarkan perkhidmatan bagi membantu pihak kerajaan dalam mempercepatkan dan menggiatkan lagi program pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia. Perkhidmatan industri BE merangkumi penggunaan ruangan yang mencukupi untuk menampung kapasiti orang yang ramai, serta kelebihan kami dalam ‘crowd control’ bagi memastikan penjarakan sosial dan mengurangkan kebarangkalian jangkitan COVID-19 ini.
Turut bersama menyantuni kehadiran Menteri MOTAC ialah Dato’ Sri Irmohizam bin Ibrahim,Pengarah Eksekutif WTCKL.
‘Saya amat berterima kasih kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri atas kesudian beliau melawat PPV WTCKL. Saya berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan pembukaan semula industri BE dan membenarkan acara-acara sosial dianjurkan dengan mengambil kira dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengawal penularan COVID-19. Terdapat banyak ruangan pusat konvensyen di seluruh Malaysia yang dapat dijadikan sebagai PPV bagi menampung kapasiti untuk memvaksin orang ramai agar kita dapat mencapai ambang kekebalan kawanan (herd immunity) dengan lebih cepat.’, kata Dato’ Sri Dr Irmohizam yang juga merupakan Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik Majlis Penasihat Anggota World Trade Centers Association (WTCA).
WTCKL berpengalaman selama lebih 35 tahun dalam mengendalikan pelbagai acara tempatan dan antarabangsa pelbagai skala memberikan kelebihan kepada WTCKL dalam menjadi PPV Mega yang pertama di Malaysia. Terkini, seramai 347,300 orang telah menerima vaksin AstraZeneca di PPV WTCKL.
‘Kami juga mengharapkan dengan kerjasama dari pelabagai pihak, program vaksinasi di seluruh negara dapat digiatkan dengan lebih cepat dengan menambah kapasiti kepada 15,000 penerima vaksin sehari. Bahkan keluasan dan kapasiti dewan yang besar di WTCKL mampu untuk menampung seramai 20,000 penerima vaksin sehari.’, kata En Mohd Yusri bin Junos, Ketua Pengarah Eksekutif WTCKL.
Turut hadir ketika lawatan adalah YBhg. Dato’ Dr Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC, dan YBrs. Encik Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC (Pelancongan), dan Dato’ Sri Abdul Khani Daud, Ketua Pegawai Eksekutif, Biro Konvensyen & Pameran (MYCEB).
Azlan Naif Mohd Neguib
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Eksekutif
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) azlan@pwtc.com.my
(03 2614 6143 | 013 9172 164) Laman Rasmi: www.worldtradecentrekl.com.my
Fatin Zafirah Zawawi
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Eksekutif
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) fatin.zafirah@pwtc.com.my
(03 2614 6145 | 019 382 1391) Laman Rasmi: www.worldtradecentrekl.com.my