World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

           Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

         50480 Kuala Lumpur

    Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

KENYATAAN MEDIA

‘PILIH INTEGRITI PILIH MARUAH’ WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR TERIMA PENSIJILAN ISO 37001:2016

UNTUK SIARAN SEGERA

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2023 – World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini menyambut Hari Integriti WTCKL 2023 yang dianjurkan sempena penganugerahan pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah atau ‘Anti-Bribery Management System’ (ABMS) yang berkuat kuasa pada 4 April 2023. Majlis ini dilangsungkan di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL dan dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki (Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).



Pensijilan tersebut telah dianugerahkan oleh NIOSH Certification Sdn Bhd sekaligus membuktikan pengurusan tadbir urus yang cemerlang oleh WTCKL dalam menjadi antara pusat konvensyen yang berusaha untuk meningkatkan integriti, memerangi rasuah, penyelewengan dan pecah amanah.

Encik Mohd Yusri bin Mohd Junos (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL) berkata, harapan WTCKL adalah supaya budaya integriti, budaya amanah dan prinsip keadilan menjadi amalan utama dalam membina akhlak mulia seluruh warga WTCKL. Ini adalah selari dengan komitmen WTCKL dalam usaha untuk memperkasakan dan membudayakan integriti dan tadbir urus yang baik.



‘Pilih Integriti, Pilih Maruah’ merupakan tema sempena Hari Integriti WTCKL 2023. Tema ini sesuai dengan usaha WTCKL dalam menjadi peneraju industri acara perniagaan yang memupuk etika, integriti dan ketelusan dalam setiap pelaksanaan.

 

“Pensijilan ISO 37001:2016 ABMS ini sangat penting untuk memastikan WTCKL adalah sebuah organisasi yang mengendalikan, menguatkuasakan, serta menambah baik langkah pencegahan rasuah dengan berkesan. Saya berharap pusat konvensyen yang lain akan turut serta untuk mendapatkan pensijilan ini agar industri acara perniagaan akan menjadi sebuah industri yang dipercayai dan diyakini oleh semua komuniti.” kata Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Ibrahim (Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL). 

 

Sekalung penghargaan kepada Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki (Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Tuan Hj. Ayop Salleh (Pengerusi NIOSH Certification Sdn Bhd), Tuan Syamsul Zahrin Zainudin (Ketua Pegawai Eksekutif NIOSH Certification Sdn Bhd), rakan niaga WTCKL dan pelanggan atas kesudian untuk hadir ke majlis ini dan memberi sokongan kepada WTCKL

Hadi Wahab

Pengurus Hal Ehwal Awam

World Trade Centre Kuala Lumpur

+6019 2678 921 | +603 2614 6999

hadi@wtckl.com

www.worldtradecentrekualalumpur.com