World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

KENYATAAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam Menyumbangkan 20 Buah Kerusi Roda Kepada Hospital

KUALA LUMPUR, November 2020: Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam menyumbangkan 20 buah kerusi roda kepada Hospital Shah Alam Selangor (HSAS) sebagai sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

 

Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim, Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), menyatakan pentingnya program CSR tahunan ini dalam menyebarkan kesedaran kesihatan dan memberikan sokongan tambahan untuk mereka yang memerlukan sambal berhubung lebih erat dengan masyarakat.

 

Secara statistik, hospital di Malaysia menerima lebih banyak pengambilan pesakit setiap hari berbanding pesakit yang keluar. Ahli Lembaga Pelawat berharap sumbangan ikhlas peralatan ini dapat melengkapkan peralatan yang ada di hospital dan memberikan akses sokongan kesihatan yang lebih baik kepada pesakit dan pelawat HSAS. Ahli Lembaga Pelawat mengumpulkan dana untuk menyediakan peralatan kesihatan yang diperlukan seperti tempat tidur, troli dan bekalan perubatan dan juga kakitangan hospital.

 

Mewakili Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam Selangor, Dato’ Sri Dr. Irmohizam merasmikan majlis penyampaian kerusi roda kepada pihak HSAS. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Hospital
Shah Alam Selangor, Dr. Ismi Rozita dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam.

Untuk membuat sumbangan ke Hospital Shah Alam, boleh disalurkan ke :

 

AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL SHAH ALAM


BANK ISLAM : 120 380 101 37 399

###

Azlan Naif Mohd Neguib
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Eksekutif
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) azlan@pwtc.com.my
( 03 2614 6143 | 013 9172 164 ) Portal Rasmi : www.worldtradecentrekl.com.my


Fatin Zafirah Zawawi
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Eksekutif
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) fatin.zafirah@pwtc.com.my
( 03 2614 6145 | 019 382 1391 ) Portal Rasmi : www.worldtradecentrekl.com.my