World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

SIARAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

DATO’SRI DR HAJI IRMOHIZAM BIN IBRAHIM DILANTIKSEBAGAI PRO-CANSELOR 1 UNIVERSITI GEOMATIKA MALAYSIA (UGM)YANG TERMUDA

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2023: Dato’SriDrHajiIrmohizam bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade CentreKuala Lumpur(WTCKL), telah dilantik sebagai Pro-Canselor 1 Universiti Geomatika Malaysia (UGM) untuktempoh dua (2) tahun berkuatkuasadari 7 Ogos 2023 hingga 6 Ogos 2025. Dato’SriDrHajiIrmohizam bin Ibrahimmerupakan Pro-Canselor1termuda yang pernah dilantik oleh UGM. Pelantikanini adalah selaras dengan perlembagaan universiti di bawah Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) Seksyen 5.2.

 

UGM telah bermula pada tahun 2002 sebagai Pusat Vokasional yang mengkhususkan bidang pengajian Ukur Tanah. Disebabkan permintaan yang amat menggalakkan, Geomatika menubuhkan Jabatan Geospatial dan Kemajuan Tanah serta melancarkan Program Kursus Pendek Pusat GIS (CeGIS) dalam Teknologi Geospatial serta Sijil dalam Pembantu Ukur Tanah. Pada tahun 2004, Geomatika telah mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan sebagai sebuah Kolej dan dinaikkan taraf sebagai Kolej Universiti pada tahun 2014. Pada tahun 2021, Geomatika telah dinaikkan taraf sebagai Universiti Penuh dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

 

Pelantikan ini adalah bukti impak dan sumbangan cemerlang Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahimkepada pembangunan industri Acara Perniagaan(BE)serta sumbangan beliau dalam bidang akademik di Malaysia

 

Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahimtelah mencipta nama sebagai rakyat Malaysia pertamauntuk menyandang jawatan sebagai Pengerusi Persidangan & Pameran, Majlis Anggota Penasihat (MAC), World Trade Centers Association(WTCA) yang beribu pejabat di New York. Dikenali pada skala global sebagai pemain industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran (MICE) yang aktif, beliau juga merupakan Ahli Penasihat yang aktif untuk Persatuan Penganjur & Pembekal Konvensyen & Pameran Malaysia (MACEOS)

 

Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahimmerupakan Profesor Adjung di The School of Hospitality, Tourism and Events (SHTE), Taylor’s Universitydan sedang menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) ketiganya dalam Pengurusan dan Pentadbiran dalam skop Pertahanan dengan modul penyelidikan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sebelum ini, Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahimjuga pernah menganggotai Lembaga Pengarah UniversitiTeknologi MARA (UiTM).

 

“Fokus utama sayaadalah untuk memupuk persekitaran kecemerlangan dan inovasi dalam pendidikan, penyelidikan dan penglibatan masyarakat. Sayabersama-sama fakulti, kakitangan dan pelajar UGM akan berusaha untuk memperkasakan program akademik dan menggalakkan budaya keterangkuman dan kepelbagaian.”kata Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim.

 

Pro-Canselor 1 UGMyang baru dilantik iniberkata pendidikan adalah kuasa transformatif yang memperkasakan individu dan membentuk masyarakat. Justeru, beliauakan berusaha untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga memupuk pemikiran kritis, kreatif, dan belas kasihan terhadap kemajuan wargaUGM.

 

Pelantikan dan pengiktirafan ini adalah kerana Prof Datuk Sr Dr Mohaizi(Presiden Kumpulan Geomatika)sendiri. Visi dan dedikasi beliautelah memainkan peranan penting dalam membentuk Kumpulan Geomatik dan meletakkan asas yang kukuh untuk universiti ini berkembang maju. Justeru, Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahimakan bekerja tanpa jemu untuk menegakkan visi, misi dan nilai yang telah membawa institusi ini ke kedudukannya hari ini.

###

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
 
Azlan Naif Mohd Neguib
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
azlan@wtckl.com
(03 2614 6143 | 013 9172 164)
Official Portal: www.worldtradecentrekl.com.my
 
Fatin Zafirah Zawawi
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
fatin.zafirah@wtckl.com
(03 2614 6145| 0193821391) Official Portal: www.worldtradecentrekl.com.my