World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

KENYATAAN MEDIA

SEMARAK RASA RAMADAN @ WTCKL

KUALA LUMPUR, Mac 2021: Kesibukan warga kota tidak menghalang mereka daripada menikmati sajian citarasa kampung yang mampu menggamit nostalgia berbuka puasa bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Tahun ini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) masih lagi mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan “Semarak Rasa Ramadan”.

 

Sebanyak 200 jenis juadah akan disajikan kepada para pengunjung sepanjang bufet berlangsung di Aras 2, Ruang Legar Putra bermula 15 April 2021 ini. Istimewanya Ramadan kali ini, WTCKL akan berkolaborasi bersama chef terkenal, Chef Anis Nabilah yang akan tampil berkongsi resipi air tangannya. Antara resipi yang bakal dikongsikan ialah Murtabak Lasagne, Laksa Goreng dan Rendang Rusuk Lembu  sebagai tarikan utama bufet Semarak Rasa Ramadan tahun ini. Chef Anis Nabilah dikenali melalui rancangan Icip-icip, Kuali Bujang, Rasa-rasa, Eating Wild, My Taste of Hong yang tersiar di pelbagai saluran televisyen dalam dan luar negara.

 

Pihak WTCKL juga turut menyediakan tawaran baucar pembelian awal ‘Early Bird’, di mana pengunjung yang membeli baucar Ramadan sebelum 15 April 2021 hanya perlu membayar sebanyak RM70.00 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir bufet Ramadan, iaitu sehingga 10 Mei 2021.

 

Selepas 15 April 2021, bufet Ramadan boleh didapati dengan harga serendah RM80.00 seorang untuk dewasa  dan RM45.00 seorang untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Para pengunjung juga boleh mendapatkan baucer serta pelbagai tawaran menarik atas talian melalui aplikasi Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan kedai atas talian Riverside Café and Restaurant.



Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) juga menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula dari RM125.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang.

 

Selain itu, para pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 WTCKL. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para pengunjung.

 

Pasukan chef WTCKL yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung buat para pengunjung yang hadir. Menu ini akan ditukar setiap minggu untuk memberikan variasi pilihan kepada para pelanggan. Antara menu yang bakal memikat selera pengunjung pada tahun ini ialah Ikan Kerisi Goreng Sambal Hijau, Kambing Rendang Minang, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Tempoyak Daun Kesom , Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Kicap Pedas dengan So Hoon. Selain itu, Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas  dan Kambing Goreng Berempah turut dihidangkan.

 

Antara hidangan lain yang turut bakal dihidangkan adalah pelbagai jenis ulaman, pelbagai jenis keropok, jeruk – jeruk, 3 jenis ikan masin, 7 jenis sambal dan dressing serta 10 jenis kerabu yang pasti memikat selera semua.

 

Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti aneka kuih-muih Melayu, 3 jenis kurma, bubur manis, aneka jeli, ‘mousse & pudding’ dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan Air Tebu, Air Mata Kucing, Air Cincau, Air Barli, Kopi Tarik dan Teh Tarik.

 

Menjadi tarikan setiap kali bufet berlangsung adalah “Carving Station” yang menyediakan kambing panggang setiap hari. Daging kambing yang dipanggang lembut dan berjus ini dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan semestinya mampu menambat selera ramai untuk menikmatinya.



Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL, para pengunjung boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, Restoran Riverside yang akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701/ 6702  atau hantar mesej kepada kami di +6019-267 8960.

###

 

Terima kasih atas kerjasama anda. Jangan lupa tag kami di sosial media

Instagram: @worldtradecentrekualalumpur

Facebook: @WorldTradeCentreKualaLumpur

Twitter: @wtcklofficial

LinkedIn: World Trade Centre Kuala Lumpur



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Intan Tantiyana Puteri Jaafar

Pengarah Komunikasi Pemasaran

Putrade Property Management Sdn Bhd (WTCKL)

(  : 03-2614 6115 |    : 03- 2614 6224  )

Portal Rasmi : www.worldtradecentrekl.com.my