World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

SIARAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

MEMORANDUM PERSEFAHAMANANTARACCPIT XIAMEN COMMITTEE / WORLD TRADE CENTER XIAMEN (WTC XIAMEN)DENGANWORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)

KUALA LUMPUR, 26April 2023: Dato’Sri DrHajiIrmohizam bin Ibrahim(Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur), mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara CCPIT Xiamen Committee/World Trade Center Xiamen (WTC Xiamen) dan WTCKL hari ini

 

Menerusi pemeteraian MoU ini, kedua-dua pihak telah berjanji untuk mengutamakan hubungan baik, faedah bersama dan kesaksamaan bagi menggalakkan perdagangan dan pertukaran ekonomi serta kerjasama pelaburan dan pertukaran teknologi antara kedua-dua organisasi.

 

MoU tersebut ditandatangani oleh Dato’Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim, dan Ms You Yu Hong, Setiausaha Agung CCPIT Xiamen / WTC Xiamen.

 

WTC Xiamen dan WTCKL akan berusaha untuk memudahkan dan membantu antara satu sama lain dengan memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing. Oleh itu, kerjasama perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pelaburan, perdagangan, ekonomi dan teknologi.

 

“Saya amat yakin perkongsian strategik ini akan memberi peluang kepada kedua-dua WTC untuk mengukuhkan keberadaan kami dalam industri Acara Perniagaan dan turut membantu dalam memudahkan pertumbuhan ekonomi yang lebih luas di kedua-dua negara. Melalui inisiatif ini, WTC Xiamen dan WTCKL boleh mengembangkan rangkaian dan perkongsian maklumat dengan lebih mudah dan menyeluruh. Tetapi yang lebih penting, MoU ini akan membolehkan kami memudahkan proses keamanan melalui perdagangan untuk menyatukan komuniti perniagaan” kata Dato’Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim.

 

Dato’Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahimturut bertemu Naib Presiden Republik Ghana, H.E. Mahamudu Bawumia dan Menteri Perindustrian dan Perdagangan, Republik Nambia, Hon. Lucia lipumbu semasa menghadiri Perhimpunan Agung World Trade Centers Association(WTCA) di Accra, Ghana pada mingguini.

 

Dato’Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahimyang merupakan Pengerusi Persidangan & Pameran (C&E) Majlis Anggota Penasihat(MAC) WTCAadalahrakyat Malaysia pertama yang menghadiri Perhimpunan Agung WTCA ke-53 di Accra, Ghana mewakili World Trade CentreKuala Lumpur (WTCKL). Perhimpunan Agung WTCA ke-53 ini berlangsung dari 23 hingga 28 April 2023.

 

Beliau berada di sana untuk bertemu pelabur yang berpotensi untuk kerjasama masa depan dan untuk mempromosikan perdagangan, pertukaran maklumat, pendidikan & penyelidikan, misi perdagangan masuk dan keluar, perkhidmatan Acara Perniagaan (BE) dan perniagaanantarabangsa, dengan mewujudkan peluang untuk menarik perniagaan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
 
Azlan Naif Mohd Neguib
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) azlan@wtckl.com
(032614 6143 | 013 9172 164)
Laman Rasmi: www.worldtradecentrekl.com.my
 
Fatin Zafirah Zawawi
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) fatin.zafirah@wtckl.com
(03 2614 6145 | 019 382 1391)
Laman Rasmi:www.worldtradecentrekl.com.my