World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

KENYATAAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

9,000 DOS SETIAP HARI –PPV WTCKL KEMBALI DIBUKA

JANUARI 2022 –World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) kembali menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bagi melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau lebih dikenali sebagai PICK-Bselaras dengan visi Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mempercepatkan pemberian dos ketiga ini.
 
 
“Kami akan beroperasi sebagai PPV Mega bermula 15 Januari 2022 sehingga 15 Mac 2022 dari pukul 8:30pagi hingga 9:00malam setiap hari. Vaksin yang diberikan di PPV Mega ini adalah vaksin AstraZeneca sahajadan bakal diterima oleh 9,000 penerima vaksin setiap hari. BookDoc, BP Healthcare dan U. N. I. Klinik merupakanantaraPenganjur Penjagaan Kesihatan (HCO) yang terlibat dalam pengendalian PICK-B di PPV Mega WTCKL.” Kata Fauzy Wahab, Ketua Pegawai Operasi WTCKL.
 
Orang ramai dinasihatkan untuk memantau aplikasi MySejahtera atau Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) untuk temujanji vaksin penggalak ini kerana hanya mereka yang mempunyai temujanji sahaja yang akan mendapat vaksin. Pemberian vaksin kepada mereka yang hadir secara ‘walk-in’ tidak dilaksanakan di PPV Mega WTCKL dan tidak lagi diterimaseperti mana yang telah dinyatakan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia pada 6 Januari 2022. Penerima vaksin dinasihatkan membawa pen sendiri untuk mengisi borang kebenaran sebagai usaha bersama untuk meminimumkan sentuhan fizikal melalui perkongsian pen di pusat vaksinasi serta membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19.
 
“Laluan Khasdisediakan di PPV Mega WTCKL untuk golongan OKU dan warga emas. Kemudahan di pusat ini juga merangkumi ‘Calm Room’ untuk mereka yang mengidap Kecelaruan Keresahan(Anxiety Disorder), Serangan Panik (Panic Attack)dan Gangguan Spektrum Autisme. Sebuah bilik perubatan khas juga disediakan terutamanya untuk kes-kes kecemasan.” tambah Fauzy Wahab.
 
 
Kaunter daftar bantuan atau ‘Helpdesk’ juga akan disediakan di PPV Mega WTCKL bersebelahan pintu utama di CIMB Bank bagi menyediakan bantuan segera kepada orang ramaiketika hadir ke PPV Mega WTCKL. Selain itu, KKM juga bercadang untuk mengadakan pusat panggilan atau pun ‘call centre’ di sini untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai vaksin. Bagaimanapun, hal ini masih dalam pertimbangan KKM.
 
“Berkhidmat semula sebagai salah satu PPV Mega adalah antara usaha sama kami bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan PICK-B dan memberi keyakinan dan keselesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak ini. PPV Mega WTCKL sebelum ini telah berjaya memberikan 1.3 juta dos vaksin AstraZeneca kepada 645,000 penerima dos ketika PICK. Hal ini telah menjadikan PPV Mega WTCKLsebagai PPV yang telah memberikan suntikan dos terbanyak di Malaysia.” kata Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim.
 
WTCKL sentiasa konsisten dan berdedikasi dalam berkhidmat untuk masyarakatdan membuat yang terbaik untuk menawarkan standard perkhidmatan tertinggi dalam memastikan rakyat Malaysia mendapatkan ‘booster’ yang diperlukan bagi melawan wabak COVID-19 ini. WTCKL juga telah berjaya berkhidmat sebagai PPV Mega AstraZeneca pada Mei hingga Oktober tahun lalu.
 
 
“Walaupun pemberian dos penggalak pada kali ini disediakan untuk 9,000 penerima dos sehari, PPV Mega WTCKL sebenarnya mampu melaksanakan pemberian sebanyak 18,000 penerima dos sehari seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lepas. Kami bersedia untuk meningkatkan kapasiti kami sekiranya kerajaan mahu berbuat demikian.” Tambah Dato’ Sri Dr Irmohizam.
 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:I

ntan Tantiyana Puteri Jaafar

Director of Marketing Communications

World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

intan@wtckl.com

(03-2614 6115 | 019-5400 004)

Official Portal: worldtradecentrekl.com