World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

SIARAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

WTC TRADE SERVICES SDN BHD JALINKAN KERJASAMA DENGAN SHANGHAI CHAMBER OF INTERNATIONAL COMMERCE DALAM MISI PERDAGANGAN

KUALA LUMPUR, APRIL 2021: WTC Trade Services Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang baru ditubuhkan pada tahun ini. Matlamat WTC Trade Service Sdn Bhd adalah untuk meneroka peluang industri perdagangan di peringkat antarabangsa. Dalam meluaskan nama di peringkat antarabangsa, WTC Trade Services Sdn Bhd telah menandatangani sebuah momerandum persefahaman (MoU) dengan Shanghai Chamber of International Commerce pada 13 April lalu.

 

MoU tersebut ditandatangai oleh Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim, Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Encik Zhou Minhao, Pengerusi Shanghai Chamber of International Commerce.

 

Shanghai Chamber of International Commerce yang berpusat di Shanghai, Cina, adalah sebuah syarikat perdagangan milik kerajaan negara Cina. Syarikat ini adalah platfom untuk aktiviti ekonomi, perdagangan, pengimportan juga pengeksportan secara domestik dan antarabangsa yang mempunyai reputasi yang cukup baik di negara Cina. Perjanjian yang ditandatangani ini membolehkan WTC Trade Servies Sdn Bhd dan Shanghai Chamber of International Commerce bersama-sama melonjakkan aktiviti perdangangan dan kerjasama ekonomi, pelaburan serta menyediakan sokongan teknikal dan fasiliti di peringkat antarabangsa.

 

“Kami menyediakan perkhidmatan professional yang berkualiti tinggi dalam memberi sepenuhnya sinergi dalam industri perdagangan dan pelbagai perkhidmatan sokongan. Selain itu, kerjasama ini akan meluaskan rangkaian perkenalan dan mengukukahkan lagi kedudukan WTC Trade Services Sdn Bhd di peringkat antarabangsa. Lawatan misi perdangangan akan dilaksanakan di Malaysia mahupun di Shanghai dan ianya akan memberi manfaat yang baik untuk ekonomi negara.” kata Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim.

 

 

Azlan Naif Mohd Neguib
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Eksekutif
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) azlan@pwtc.com.my
(03 2614 6143 | 013 9172 164) Laman Rasmi: www.worldtradecentrekl.com.my


Fatin Zafirah Zawawi
Komunikasi Korporat
Pejabat Pengarah Eksekutif
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) fatin.zafirah@pwtc.com.my
(03 2614 6145 | 019 382 1391) Laman Rasmi: www.worldtradecentrekl.com.my