World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

SIARAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

WTCKL Sedia Bantu Kerajaan dengan Menjadi Pusat Vaksinasi

KUALA LUMPUR, Februari, 2021: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sedia menawarkan fasiliti dan perkhidmatannya dalam usaha menyokong kerajaan Malaysia untuk memvaksin 70 peratus penduduk Malaysia bagi mencapai ambang kekebalan kawanan yang dilihat akan dapat memulihkan ekonomi negara.

 

Keputusan WTCKL untuk menyediakan ruang dewan sebagai pusat vaksinasi ini selari dengan Rancangan Vaksinasi Nasional yang dijadualkan untuk bermula pada bulan Februari ini. Peruntukkan kerajaan sebanyak RM2 billion (AS $ 507 juta) untuk pembelian vaksin COVID-19 ini diharapkan dapat memulihkan dan mengawal penularan virus ini di Malaysia.

 

Berkapasiti seluas 13,456 meter per segi yang merangkumi lima dewan dan 19 bilik serba guna di WTCKL ini adalah mencukupi untuk membantu proses vaksinasi serta pemulihan kesihatan awam dan ekonomi Malaysia.

 

“WTCKL merupakan sebuah lokasi yang sangat strategik untuk dijadikan pusat vaksinasi kerana ia menawarkan ruang yang cukup luas dengan kemudahan seperti tempat letak kereta yang mencukupi, laluan masuk yang berbeza dan mempunyai ruang menunggu serta zon vaksinasi. Kami bermatlamat untuk membantu mengurangkan bebanan kemudahan kesihatan awam dan membantu memastikan proses pemulihan ini berjalan dengan lancar,” kata Dato’ Sri Dr. Irmohizam, Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

 

Inisiatif ini juga dapat membantu pusat-pusat kesihatan mengurangkan kos overhead dan bebanan logistik mereka dengan menawarkan penggunaan ruangan di WTCKL sebagai tempat penyimpanan vaksin, peralatan kesihatan dan bekalan perubatan.

 

World Trade Centre Kuala Lumpur yang sebelum ini dikenali sebagai Putra World Trade Centre merupakan pusat konvensyen pertama di Malaysia. Pelbagai pameran dan konvensyen tempatan serta antarabangsa yang telah diadakan disini sejak tahun 1985 dan kini WTCKL terus menawarkan perkhidmatannya sehingga ke hari ini.

 

Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim

Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Pengerusi Persidangan & Pameran Asia Pasifik (APAC) Majlis Penasihat Anggota (MAC), World Trade Centers Association (WTCA)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Intan Tantiyana Puteri Jaafar
Director of Marketing Communications Department
World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) intan@pwtc.com.my
(03-2614 6115 | 019-5400 004) Official Portal: www.worldtradecentrekl.com.my