World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

World Trade Centre Kuala Lumpur

Level 3, 41 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225

MEDIA RELEASE

UNTUK SIARAN SEGERA

Meneruskan Bantuan Ketika PKP 2.0

KUALA LUMPUR, Januari 2021: Peningkatan kes jangkitan COVID-19 semakin berleluasa sejak bulan November 2020 yang lalu. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pasti akan memberi kesan terhadap ekonomi, namun PKP pada tahun ini dilaksanakan di enam negeri dan kesannya mungkin juga kurang.

 

Namun begitu, negeri-negeri dibawah pelaksaan PKP kali ini merupakan antara penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia iaitu 24.2 peratus dari Selangor, 16.9 peratus dari Wilayah Persekutuan, 9.4 peratus dari Johor, 6.7 peratus dari Pulau Pinang, 6.0 peratus dari Sabah dan 3.1 peratus dari Melaka.

 

Selain prihatin kepada golongan berpendapatan rendah, kerajaan juga harus memberi fokus terhadap risiko kehilangaan pekerjaan. Peruntukkan Bajet 2021 perlu disegerakan agar risiko kesihatan awam yang dibebani rakyat dapat dimbangi dengan bantuan-bantuan seperti penangguhan moratorium ataupun sebarang bantuan kewangan yang lain juga perlu lebih dipertimbangkan sepanjang tahun ini.

 

Industri pelancongan yang baru sahaja menarik nafas lega pada suku keempat tahun 2020 kini sekali lagi berhadapan dengan keadaan yang genting. Kerajaan perlu memberikan bantuan kepada industri pelancongan kerana sebilangan besar pekerja di sektor ini telah mula bekerja sejak sektor pelancongan dapat beroperasi tahun lalu. Kita mesti lebih berhati-hati dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan lebih berdisiplin untuk memerangi wabak COVID-19 ini.

 

Dato’ Sri. Dr. Irmohizam bin Ibrahim

 

Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merangkap Pengerusi Persidangan & Pameran Asia Pasifik (APAC) Majlis Penasihat Anggota (MAC) World Trade Centers Association (WTCA).

Azlan Naif Mohd Neguib
Corporate Communications
Executive Director Office
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) azlan@pwtc.com.my
(03 2614 6143 | 013 9172 164) Official Portal: www.worldtradecentrekl.com.my

 


Fatin Zafirah Zawawi
Corporate Communications
Executive Director Office
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) fatin.zafirah@pwtc.com.my
(03 2614 6145 | 019 382 1391) Official Portal: www.worldtradecentrekl.com.my