World Trade Centre Kuala Lumpur

Get Help?

WTCKL NEW LOGO
WTCKL NEW LOGO

KENYATAAN MEDIA

WTCKL BERSAMA RMHC SANTUNI ANAK ANAK KOMUNITI KLEF (KLEF BIBIR DAN LELANGI) SEMPENA HARI SENYUM SEDUNIA 2023

UNTUK SIARAN SEGERA

KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER 2023 — Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia bersama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menganjurkan Hari Senyum Sedunia 2023. Sambutan yang diadakan ini adalah bagi meraikan hampir 150 tetamu dari komuniti klef (klef bibir dan lelangit) sekitar Lembah Klang yang juga merupakan penerima bantuan pembedahan rekonstruktif tajaan “Anugerah Senyuman” RMHC Malaysia. Turut sama menjayakan program sambutan ini termasuklah aktivis klef Datin Nora Abu Hassan dari Born To Smile, rakan industri Pertubuhan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Malaysia (MSPRS), Kelab Kiwanis Kota Kemuning dan McDonald’s Malaysia.

 

Acara ini diadakan adalah untuk menggalakkan aktiviti kebajikan dan meningkatkan kesedaran orang ramai di seluruh dunia untuk tersenyum sambil membuat orang lain tersenyum. Pada Hari Senyum Sedunia, orang ramai digalakkan mengukir senyuman dan melakukan kebaikan kepada orang lain kerana senyuman juga sering kali diungkapkan sebagai bentuk dari perasaan gembira.

 

WTCKL juga telah berbesar hati untuk menaja penginapan percuma selama 365 hari di RMHC, Hospital Tunku Azizah. Tajaan ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga yang tinggal berjauhan dan kurang berkemampuan untuk membayar sewaan harian di RMHC sementara menunggu anak kecil mereka mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Azizah.

 

Sambutan ini agak unik bagi RMHC Malaysia sebagai institusi kebajikan yang menawarkan bantuan kewangan program “Anugerah Senyuman” kepada anak-anak yang dilahirkan klef.

 

Hari Senyum Sedunia ini adalah yang pertama disambut oleh RMHC Malaysia dan WTCKL bertepatan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara RMHC Malaysia dengan penerima bantuan “Anugerah Senyuman”  serta para pejuang dan penyokong komuniti klef.

 

Pada tahun ini, Hari Senyum   Sedunia jatuh pada 6 Oktober 2023. Hari Senyum Sedunia disambut setiap tahun pada hari Jumaat pertama bulan Oktober dan pertama kali disambut pada tahun 1999 oleh Harvey Ball, seorang artis dari Massachusetts yang mencipta ikon senyum (smiley face) pada tahun 1963.

Hadi Wahab
Pengurus Komunikasi Pemasaran
+6012 7890 129 I +603 2614 9999
hadi@wtckl.com
www.worldtradecentrekl.com
WTC KL Holdings Sdn Bhd (WTCKL