World Trade Centre Kuala Lumpur
Level 3, 41 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-2614 6999 Fax: +603-2614 6225
MEDIA RELEASE
WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM ‘SELERA WARISAN KAMPUNG’ MAJLIS IFTAR WARGA KERJA WTCKL BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF RAUDHATUL AL-FAEEZ
UNTUK SIARAN SEGERA
KUALA LUMPUR, 15 MAC 2024: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) meraikan
seramai 40 orang anak-anak yatim dan asnaf berumur 7 hingga 17 tahun termasuk 4 orang penjaga dari Rumah Anak Yatim & Asnaf Rumah Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur
Hidayah dalam Majlis Iftar Warga Kerja WTCKL.
Bagi meraikan anak-anak yatim dan asnaf ini dan memupuk semangat berkongsi dan memberi sepanjang Bulan Ramadan yang mulia ini, pihak WTCKL turut menyampaikan
sumbangan kepada tetamu istimewa ini. Ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab
sosial korporat oleh WTCKL yang diadakan untuk menyumbang dan mengeratkan hubungan
WTCKL dengan masyarakat.
Hadir bersama dalam majlis ini, Mohd Yusri Bin Mohd Junos (Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan WTCKL), Pengurusan Atasan, Ketua-ketua Jabatan WTCKL serta warga kerja
WTCKL. Kakitangan WTCKL turut sama mengiringi dan menyantuni anak-anak ini dengan
berbuka puasa bersama-sama mereka.
WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM
‘SELERA WARISAN KAMPUNG’
MAJLIS IFTAR WARGA KERJA WTCKL BERSAMA
RUMAH ANAK YATIM & ASNAF RAUDHATUL AL-FAEEZ
“World Trade Centre Kuala Lumpur(WTCKL) menyambut baik inisiatif penganjuran
majlis ini kerana ia memberi impak positif terutama kepada kakitangan WTCKL dan
komuniti setempat. WTCKL komited menyokong anak-anak kecil ini dan melakar
pengalaman indah bagi mereka dan guru-guru mereka. WTCKL juga berharap program
ini akan menjadi tradisi yang berterusan dalam mengeratkan hubungan WTCKL dengan
rumah-rumah kebajikan yang lain pada tahun-tahun akan datang. WTCKL berharap dengan
sokongan semua pihak dapat membantu mereka dalam aspek pembelajaran supaya
menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan.” kata Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan WTCKL, Mohd Yusri Bin Mohd Junos.
‘Selera Warisan Kampung’ merupakan sajian Bufet Ramadan dibawakan oleh WTCKL yang
disediakan oleh RiverSide Cafe & Restaurant, menampilkan lebih 300 hidangan segar yang
disajikan setiap hari. Orang ramai boleh menikmatinyasepanjang bulan Ramadan ini bermula
13 Mac sehingga 8 April 2023. Tempahan boleh dibuat dipautan https://riverside.wtckl.com/
Menu yang ditawarkan merangkumi lima menu berkala, masing-masing dengan keistimewaan
tersendiri seperti Bubur Lambuk, Kambing Panggang yang lazat, dan Sup Berempah yang
enak, dengan pilihan Kambing, Daging, Perut, Ayam, atau Ekor. Orang ramai juga boleh
mencuba hidangan istimewa Kampung yang tersedia iaitu Ikan Patin Goreng Berlada dan
Siput Sedut Masak Lemak yang eksotik! Dan jangan lupa untuk menikmati Nasi Kandar
Saddam kami yang terkenal, Nasi Mandy, Kunafa dan Mee Goreng Mamak yang memenangi
anugerah, atau pilihan menu eksklusif berasaskan sayuran.
Pihak pengurusan WTCKL mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat
Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam. Jangan lepaskan peluang untuk
menikmati sajian istimewa ‘Selera Warisan Kampung’ oleh Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.